Friday, July 1, 2011

sePi...

Kutersesat di lembah sepi,
Dalam kesepian,
Dalam kegelapan,
Berjalanku sendirian menangisi penderitaan,
Mencari sinar di dunia ini,
Yang mampu menerangi gelora hati,
Aku terus berlari meniti titian sepi,
Sambil menghimpun memori semalam,
Sendiri mengubati kedukaan...

Kuubati kesepian sendiri,
Demi mencari sinar dilubuk hati sanubari insan kerdil yang sendirian,
Menempuh gelombang kehidupan,
Tanpa insan bernama teman,
Tanpa belaian tanpa sokongan,
Langkahku tidak pernah terhenti,
Walau terpaksa menempuh ombak dan duri,
Insan yang sedang menempuh alam duniawi,
sendirian penuh kedukaan,

Kumelangkah penuh tekad,
Untuk mengecap sejuta kebahgiaan,
Walaupun terpaksa kutempuh sendirian,
Di alam nyata ini,
Tetap kuteguhkan hati nurani ini,
Masih adakah sinar menyuluhi laluan hidupku,
Jalan-jalan indah seribu kebahgiaan,
Kugagahi juga hatiku ini,
Kuubati kesepian sendiri,
Demi mencari sinar dilubuk hati sanubari,
Insan sepi ini....

Wednesday, June 29, 2011

hehehehe -->nakaL

ni la buah hati saya---->>> nanti PM fb sy utk code. (masukkn kat key link d bwh.)




Tuesday, May 17, 2011

Ermmmm C.I.N.T.A (^.^)

hati mahu bicara... pada satu ketika hati pernah bahagia... pada satu titik itu hati tak bisa menagis lagi... bila dibuka satu lebaran... pasti terungkap satu wadah... terkadang ingin aku menjerit sekuat hati... ingin juga berteriak supaya kenangan lalu bisa mengejutkan kau dr lena.... jika sumpah janji tidak dikota... itu tidak mengapa... cuma jgn sekali berdusta pada cinta.... aku membayangkan cinta itu indah... bila berduka juga adalah keindahan.. kerana bila duka menyapa ada rajuk dan pujuk... aku suka pada duka.. tp bila duka menjadi luka dan bernanah hingga parah... ada erti cinta? pernah orang berkata lupakan duka binalah suka supaya tidak ada nestapa... aku berpegang pada satu kata itu... tp kenapa aku sahaja... maaf tiada harga... dusta tidak pernah ternoda...

Monday, May 2, 2011

Ya Allah..

Ya Allah..

aku hanyalah insan kerdil di sisimu..

aku sentiasa alpa dengan suruhanMu..

aku seringkali melupakanMu di saat aku meniti bahagia..

namun..

bila aku jatuh..

Kaulah yang ku cari..

hanya Kau di sisi..


Ya Allah...

hanya Kau yang tahu...

apa yang terbaik buatku..

Kau bukakan pintu atiku..

Kau dekatkan aku dengan insan yang mencintaiMu dan ajaranMu..

Kau dekatkan hati aku..

kepada lelaki yang sentiasa tunduk dengan ajaranMu...

semoga aku sentiasa mengingatiMu ya Allah..


Ya Allah Ya Rahim..

seandainya dia terbaik buatku..

Kau satukanlah hati kami..

Kau murahkanlah rezeki kami..

Kau jauhilah kami dari kemungkaran..

Kau peliharalah kami Ya Allah..


tapi Ya Allah..

seandainya aku bukan tercipta dari rusuk kirinya..

Kau bawalah atiku jauh dari atinya..

Kau jauhkan kekecewaan dari ati kami..

Kau temukan kami dengan jodoh yang terbaik..

yang telah Kau cipta sejak azali..

Kau tabahkanlah ati kami menerima dugaanMy..

Sesungguhnya..hanya Kau yang tahu apa yg tbaik untuk kami..


Ya Allah Ya Rabbi...

aku terima segala ketentuanMu Ya Allah..

terima kasih atas anugerah cinta di hatiku..

terima kasih untuk segalanya...

Amin...Ya Rabbal 'alamin...

Saturday, April 30, 2011

Pantasnya Masa Berlalu...


Masa tidak pernah menunggu untuk kita bersedia  memanfaatkannya. Bahkan masa berlalu begitu pantas, sepantas awan yang berarak dan sepantas angin yang bertiup.

Mungkin ada masa-masanya hidup kita diselubungi kesedihan dan kekecewaan hinggakan kita merasakan jarum jam terhenti seketika atau menginsut begitu perlahan. Namun semua itu hanyalah perasaan kita sebagaimana kita merasakan masa berlalu begitu pantas diwaktu kegembiraan mewarnai hari-hari yang kita tempuhi.

Melupakan hakikat ini akan menjadikan kita orang yang selalu menyesal dengan diri kita. Kita sering menoleh kebelakang dengan penuh penyesalan hingga kitamelupakan kedatangan ESOK serta mensia-siakan segala peluang dan kesempatan yang masih kita miliki HARI INI.

Ya, kita perlu menyesali dosa-dosa kita tetapi bukan mensia-siakan saki baki umur yang masih kita miliki. Sedarlah... Setiap kali kita menyesali dosa-dosa yang telah kita lakukan maka syaithan akan bisikkan keraguan dan keresahan hingga kita berputus asa. Berputus asa dengan rahmat Allah dan berputus asa dengan kebaikan hingga kita terus menerus melayan perasaan kita hingga masa-masa yang masih kita miliki kehilangan harganya. Kita menangisi kelemahan diri tanpa kita bangun memperbaiki diri, kita menyesali hari semalam hingga kita mengabaikan hari ini yang masih kita miliki dan mensia-siakan esok yang sedang menanti.

Kita sebagai manusia biasa tidak akan dapat lari dari dosa dan kesalahan. Yang menjadikan kita hina bukan berapa banyak dosa yang telah kita lakukan tetapi hina kita adalah kerana keengganan kita untuk keluar dari lembah dosa tersebut.

Dalam satu hadith Qudsi, Allah SWT berfirman: “Wahai hambaku, sesungguhnya kamu semua adalah orang melakukan kesalahan malam dan siang dan Akulah yang mengampunkan semua dosa, maka minta ampun kepada ku maka aku akan ampunkan dosa ku...” (rujuk hadith 40 Imam Nawawi).

Dalam satu hadith Qudsi yang lain pula, Allah SWT berfirman : “Asalkan kita menadah tangan berdoa kepada Allah, maka Allah berkata; Aku tidak peduli”(Rujuk Hadith 40 Imam Nawawi). Bukan Allah tidak pedulikan doa-doa kita tetapi Allah tidak pedulikan sebanyak manapun dosa kita, maka Allah akan ampunkan dosa-dosa kita, biarlah dosa kita memenuhi langit dan bumi maka Allah akan datang dengan pengampunan seluas langit dan bumi.

Ya, kita orang yang sering melakukan dosa, sering lalai dan alpa bahkan sering mengulangi dosa-dosa yang sama. Ya, kita serba hina dan sarat dengan kelemahan diri serta kerap kita lupa diri. Kita perlu menangisi segalanya tetapi tangisan kita tidak menjadikan kita putus asa dan kehilangan diri. Kita perlu bangun dan lakukan pembaikan diri dengan penuh keazaman dan harapan. Lidah dan hati kita tidak jemu berzikir dan memohon keampunan kepada Allah disamping menaksir diri dan merungkai kejahilan yang membelit diri serta berusaha untuk keluar dari kelemahan dan kelalaian.

Ya, masa begitu pantas berlalu tetapi bukan untuk ditangisi pemergiannya dan bukan juga untuk disia-siakan kehadirannya tetapi untuk dimanfaatkan termampu mungkin agar kita sentiasa dipandang Allah SWT sebagai hambaNya; HambaNya yang sentiasa merasa kerendahan diri, menyesali dosa-dosa tetapi tidak pernah putus asa dari rahmatNya. Inilah jalan yang akan mendekatkan kita kepada Allah; Jalan yang akan mendekatkan kita pada rahmat dan pengampunanNya.

Ya, kita orang banyak melakukan dosa tetapi kita meyakini pengampunanNya jauh lebih banyak dari semua dosa-dosa kita. Bangkitlah dengan penuh keazaman untuk kita manfaatkan masa-masa yang masih kita miliki.

Tuesday, April 12, 2011

Tuesday, April 5, 2011

sayang..!

i LOVE u...!
i LOVE u...!
i LOVE u...!
i LOVE u...!
i LOVE u...!
i LOVE u...!

p/s : jgn la kau ragu akan sayang ku ini...daku tetap milik mu buat selamanya...
rindu kamu sangat2...!

Sunday, March 27, 2011

Hawa--->

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tdak menilai wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki. 

Thursday, March 24, 2011

peTang2 yG bOsan


hhuhuhu..petang2 bosan mcm ni la gamOknyer....
nak tgk2, pm la mntak code ..