Friday, July 1, 2011

sePi...

Kutersesat di lembah sepi,
Dalam kesepian,
Dalam kegelapan,
Berjalanku sendirian menangisi penderitaan,
Mencari sinar di dunia ini,
Yang mampu menerangi gelora hati,
Aku terus berlari meniti titian sepi,
Sambil menghimpun memori semalam,
Sendiri mengubati kedukaan...

Kuubati kesepian sendiri,
Demi mencari sinar dilubuk hati sanubari insan kerdil yang sendirian,
Menempuh gelombang kehidupan,
Tanpa insan bernama teman,
Tanpa belaian tanpa sokongan,
Langkahku tidak pernah terhenti,
Walau terpaksa menempuh ombak dan duri,
Insan yang sedang menempuh alam duniawi,
sendirian penuh kedukaan,

Kumelangkah penuh tekad,
Untuk mengecap sejuta kebahgiaan,
Walaupun terpaksa kutempuh sendirian,
Di alam nyata ini,
Tetap kuteguhkan hati nurani ini,
Masih adakah sinar menyuluhi laluan hidupku,
Jalan-jalan indah seribu kebahgiaan,
Kugagahi juga hatiku ini,
Kuubati kesepian sendiri,
Demi mencari sinar dilubuk hati sanubari,
Insan sepi ini....

Wednesday, June 29, 2011

hehehehe -->nakaL

ni la buah hati saya---->>> nanti PM fb sy utk code. (masukkn kat key link d bwh.)




Tuesday, May 17, 2011

Ermmmm C.I.N.T.A (^.^)

hati mahu bicara... pada satu ketika hati pernah bahagia... pada satu titik itu hati tak bisa menagis lagi... bila dibuka satu lebaran... pasti terungkap satu wadah... terkadang ingin aku menjerit sekuat hati... ingin juga berteriak supaya kenangan lalu bisa mengejutkan kau dr lena.... jika sumpah janji tidak dikota... itu tidak mengapa... cuma jgn sekali berdusta pada cinta.... aku membayangkan cinta itu indah... bila berduka juga adalah keindahan.. kerana bila duka menyapa ada rajuk dan pujuk... aku suka pada duka.. tp bila duka menjadi luka dan bernanah hingga parah... ada erti cinta? pernah orang berkata lupakan duka binalah suka supaya tidak ada nestapa... aku berpegang pada satu kata itu... tp kenapa aku sahaja... maaf tiada harga... dusta tidak pernah ternoda...

Monday, May 2, 2011

Ya Allah..

Ya Allah..

aku hanyalah insan kerdil di sisimu..

aku sentiasa alpa dengan suruhanMu..

aku seringkali melupakanMu di saat aku meniti bahagia..

namun..

bila aku jatuh..

Kaulah yang ku cari..

hanya Kau di sisi..


Ya Allah...

hanya Kau yang tahu...

apa yang terbaik buatku..

Kau bukakan pintu atiku..

Kau dekatkan aku dengan insan yang mencintaiMu dan ajaranMu..

Kau dekatkan hati aku..

kepada lelaki yang sentiasa tunduk dengan ajaranMu...

semoga aku sentiasa mengingatiMu ya Allah..


Ya Allah Ya Rahim..

seandainya dia terbaik buatku..

Kau satukanlah hati kami..

Kau murahkanlah rezeki kami..

Kau jauhilah kami dari kemungkaran..

Kau peliharalah kami Ya Allah..


tapi Ya Allah..

seandainya aku bukan tercipta dari rusuk kirinya..

Kau bawalah atiku jauh dari atinya..

Kau jauhkan kekecewaan dari ati kami..

Kau temukan kami dengan jodoh yang terbaik..

yang telah Kau cipta sejak azali..

Kau tabahkanlah ati kami menerima dugaanMy..

Sesungguhnya..hanya Kau yang tahu apa yg tbaik untuk kami..


Ya Allah Ya Rabbi...

aku terima segala ketentuanMu Ya Allah..

terima kasih atas anugerah cinta di hatiku..

terima kasih untuk segalanya...

Amin...Ya Rabbal 'alamin...